Tarikh

: 10 Ogos 2023

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat pembayaran cukai taksiran dengan menggunakan cara yang betul.

 

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat pembayaran cukai taksiran secara atas talian dengan menggunakan aplikasi PBTPay. Pertama sekali, peserta melayari pautan https://pbtpay.kpkt.gov.my/ untuk membuat pembayaran. Setelah itu, peserta membuat pendaftaran akaun pengguna yang baharu dan log masuk kepada akaun tersebut. Selepas daripada itu, peserta menyemak maklumat cukai taksiran dan membuat pembayaran melalui perbankan atas talian. Peserta turut memuat turun resit pembayaran untuk simpanan sendiri bagi rujukan kelak.

Gambar Disini