Tarikh |
: 03 September 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menduduki ujian kompetensi di aplikasi Google Form secara atas talian dengan menggunakan tatacara yang betul.
Aktiviti
Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara menduduki ujian kompetensi yang dibuat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Form. Pertama sekali, peserta log masuk ke akaun emel untuk melayari pautan yang diberi iaitu https://googleform.my/. Setelah itu, peserta mengisi maklumat diri pada borang Google Form dan memulai sesi ujian menerusi atas talian. Peserta menjawab ujian kompetensi itu dengan mengikuti masa yang telah ditetapkan. Akhir sekali, peserta klik pada butang Hantar setelah selesai menjawab ujian tersebut,
Tarikh |
: 19 Ogos 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tatacara penggunaan Microsoft Powerpoint.
Aktiviti
Petugas memberi penerangn mengenai fungsi dan kegunaan perisian Microsoft Powerpoint. Para peserta membuka perisian Microsoft Powerpoint. Peserta memilih design templat. Petugas mengajar para peserta cara memasukkan dan megubah saiz imej. Peserta membuat latihan yang diberikan oleh petugas. Para peserta menyimpan kerja yang telah siap dalam komputer.
Tarikh |
: 18 Ogos 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan matematik para peserta.
Aktiviti
Peserta melayari laman web www.latihtubimatematik.com. Peserta membuat latihan matematik berkaitan asas tambah, tolak, bahagi dan darab. Sesi perbincangan jawapan bersama para peserta. Para peserta membuat pembetulan bagi soalan yang salah.
Tarikh |
: 19 Ogos 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi penerangan mengenai keperluan asas tumbuhan kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangn mengenai keperluan asas tumbuhan kepada para peserta. Para peserta dapat mengetahui bahawa air, cahaya matahari, udara dan nutrien adalah keperluan asas tumbuhan untuk tumbesan. Petugas memaparkan video eksperimen faktor-faktor yang mempengaruhi tumbesaran tumbuhan. Para peserta menjawab soalan kuiz di aplikasi wordwall. Sesi perbincangan jawapan bersama peserta turut dilakukan.
Tarikh |
: 17 Ogos 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat poster produk menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Peserta melayari laman web Canva kemudian memilih rekaan templat poster yang bersesuaian. Peserta juga memilih daripada pustaka yang telah tersedia dengan unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan pebagai lagi. Peserta menyunting imej yang menarik dan menambah teks yang bersesuaian. Kemudian, peserta klik pada butang “Simpan” untuk memuat turun poster bagi membuat cetakan.