Tarikh |
: 08 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh peserta-peserta di kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk menguji tahap kefahaman para peserta mengenai STEM.
Aktiviti
Petugas menerangkan mengenai STEM kepada para peserta di mana ia melibatkan bidang Sains, Teknologi, “English” dan Matematik. Para peserta menjawab soalan kuiz di aplikasi quizziz.Sesi perbincangan jawapan bersama peserta turut dilakukan.
Tarikh |
: 07 Julai 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh peserta di kalangan pelajar lepasan SPM. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta untuk membuat semakan keputusan dan permohonan rayuan UPU 2023 menerusi atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat semakan dan permohonan rayuan UPU. Setelah itu, peserta mengakses ke laman web rasmi https://online.mohe.gov.my /untuk mengelog masuk akaun. Kemudian, peseta membuat semakan keputusan melalui portal ersebut. Selepas itu, peserta membuat permohonan rayuan UPU 2023 dengan membuat kemaskini pemilihan empat kos pembelajaran borang permohonan rayuan tersebut. Akhir itu, peserta menghantar borang itu dalam talian dan memuat turun borang permohonan rayuan UPU 2023 untuk cetakan.
Tarikh |
: 03 Julai 2023 |
Masa |
: 04.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta belia perempuan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara memuat turun muzik lagu menerusi secara atas talian dengan menggunakan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara memuat turun muzik lagu menerusi secara atas talian. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses aplikasi Youtube dan memilih muzik lagu untuk dimuat turun. Sementara itu, peserta juga diminta untuk melayari halaman web Google yang baharu untuk mengakses ke linkhttps://en.savefrom.net. Kemudian, peserta menyalin URL Youtube yang berkenaan untuk dimasukkan ke dalam ruang kotak yang tersedia pada halaman webhttps://en.savefrom.net. Setelah itu, peserta klik pada butang “Download” untuk memuat turun lagu tersebut. Setelah lagu itu berjaya dimuat turun, lagu itu akan disimpan dalam “Folder Download” pada komputer.
Tarikh |
: 10 Julai 2023 |
Masa |
: 04.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari kalangan warga emas. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perbankan talian Bank Islam secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perbankan Bank Islam secara atas talian. Pertama sekali, peserta diminta mengakses ke portal perbankan tersebut melalui pautan https://www.bankislam.biz/. Setelah itu, peserta klik pada ikon “Register” untuk pendaftaran ke akaun baharu. Kemudian, peserta mengisi maklumat nombor kad debit dan maklumat peribadi. Setelah peserta membuat ID pengguna serta kata laluan, peserta juga membuat permohonan TAC dan memasukkan nombor TAC yang telah diberi melalui nombor telefon. Setelah peserta selesai berjaya membuat pendaftaran, peserta megelog masuk akaun perbankan semula bagi melakukan transaksi wang secara atas talian.
Tarikh |
: 04 Julai 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.30 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menduduki peperiksaan SPA9i secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara menduduki peperiksaan SPA9i melalui atas talian. Pertama sekali, peserta mengelog masuk akaun Gmail terlebih dahulu untuk memasuki pautan yang diberi melalui emel. Setelah itu, peserta memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah diberi sebelum sesi peperiksaan bermula. Peserta juga menjawab soalan-soalan peperiksaan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Setelah selesai sesi menjawab tamat, peserta klik pada butang “Hantar”.