Tarikh |
: 01 Ogos 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat semakan keputusan tahun satu sesi 2023/2024 menerusi atas talian dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat semakan keputusan tahun satu sesi 2023/2024. Selain itu, peserta melayari pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk log masuk akaun. Selain daripada itu, peserta memasuki nombor kad pengenalan dan kata laluan dan log masuk kepada akaun. Seterusnya, peserta membuat semakan keputusan yang diberi menerusi laman web rasmi tersebut.
Tarikh |
: 20 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang belia. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara melakukan pengurusan kewangan peribadi dengan betul.
Aktiviti
Tenaga pengajar memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat pengurusan kewangan peribadi dengan betul. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar cara membuat penyimpanan kewangan yang betul. Selain daripada itu, tenaga pengajar memberi perkongsian langkah-langkah pengurusan kewangan peribadi dari usia awal muda hingga usia persaraan.
Tarikh |
: 13 Julai 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.30 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang dua orang peserta wanita dari kalangan belia. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang etika perniagaan dan dandanan diri untuk memasuki ke dalam pasaran kerja.
Aktiviti
Peserta menyertai kelas menerusi dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Seterusnya, peserta diberi penerangan tentang tatacara etika perniagaan dan dandanan diri bagi memasuki ke pasaran kerja. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan tatacara dandanan diri dengan cara yang betul dari segi kebersihan, pemakaian, aksesori dan pelbagai lagi.
Tarikh |
: 16 Julai 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.30 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Latihan ini telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan di kalangan warga belia. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perniagaan aplikasi TikTok dengan menggunakan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran akaun perniagaan menerusi aplikasi TikTok. Selain itu, peserta diminta untuk mengelog masuk ke akaun aplikasi TikTok. Kemudian, peserta menubuhkan akaun perniagaan dengan mengisi maklumat pendaftaran menerusi aplikasi TikTok. Setelah selesai membuat pendaftaran akaun, peserta memuatnaik gambar dan maklumat produk untuk dijual di aplikasi TikTok.
Tarikh |
: 15 Julai 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris para peserta.
Aktiviti
Para peserta melayari laman web english4u.com. Peserta membuat latihan tatabahasa. Perbincangan jawapan bersama para peserta turut dilakukan.