Tarikh

: 15 September 2023

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menduduki ujian kompetensi di aplikasi Google Form secara atas talian dengan menggunakan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara menduduki ujian kompetensi yang dibuat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Form. Pertama sekali, peserta log masuk ke akaun emel untuk melayari pautan yang diberi iaitu https://googleform.my/. Setelah itu, peserta mengisi maklumat diri pada borang Google Form dan memulai sesi ujian menerusi atas talian. Peserta menjawab ujian kompetensi itu dengan mengikuti masa yang telah ditetapkan. Akhir sekali, peserta klik pada butang Hantar setelah selesai menjawab ujian tersebut,

Gambar Disini


 

Tarikh

: 08 September 2023

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar tatacara membuat resume menggunakan aplikasi canva dengan cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat resume menggunakan aplikasi canva. Peserta log masuk akaun canva. Peserta memilih templat resume yang disediakan di aplikasi canva. Peserta mengisi maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan resume yang lengkap. Peserta memuat turun resume yang telah siap bagi tujuan cetakan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 06 September 2023

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat penghantaran emel melalui Yahoo Mail secara atas talian dengan menggunakan cara-cara yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat sebutharaga dengan cara yang betul. Peserta membuka perisian Microsoft Office Word untuk menaip sebutharga. Peserta membuat sebutharga seperti yang diajar oleh petugas, Peserta menyimpan sebutharga yang telah siap di dalam komputer Peserta mencetak sebutharga yang telah siap dibuat.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 07 September 2023

Masa

: 03.00 Petang– 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi demonstrasi kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di portal rasmi EzBiz secara dalam talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di portal rasmi EzBiz dengan mengikuti prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mendaftar akaun sebagai pengguna dengan melayari portalhttps://ezbiz.ssm.com.my/Seterusnya, peserta log masuk akaun tersebut serta membuat permohonan pendaftaran perniagaan yang baharu. Selain itu, peserta juga membuat perbankan secara dalam talian setelah mengisi maklumat perniagaan. Akhirnya, pendaftaran lesen perniagaan yang baharu telah berjaya dibuat oleh peserta tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 04 September 2023

Masa

: 04.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat penghantaran emel melalui Yahoo Mail secara atas talian dengan menggunakan cara-cara yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menghantar email dengan menggunakan Yahoo Mail. Selain itu, peserta mengakses ke laman Yahoo Mail melalui pautanhttps://mail.yahoo.com/ untuk mengelog masuk akaun dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, peserta pilih butang Compose kemudian mengisi akaun email penerima, subjek email, dan menaip butiran maklumat pada ruangan itu. Peserta juga melampirkan dokumen dan pilih butang Send. Pada akhir sekali, peserta berjaya membuat penghantaran email kepada akaun penerima dengan menggunakan Yahoo Mail.

Gambar Disini