Tarikh

: 05 Ogos 2023

Masa

: 10.00 Pagi– 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat mempelajari dalam reka cipta poster bertemakan Hari Kemerdekaan yang menarik dengan menggunakan aplikasi Canva.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara menghasilkan poster bertemakan Hari Kemerdekaan menerusi aplikasi Canva dengan menggunakan cara-cara yang betul. Pertama sekali, peserta mengakses ke laman web Canva menggunakan pautan https://www.canva.com/. Setelah itu, peserta log masuk ke akaun dan membuat pilihan templat poster untuk digunakan. Selain daripada itu, peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon yang telah diberi. Kemudian, peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam templat poster berkenaan. Akhir sekali, para peserta berjaya menghasilkan poster Hari Kemerdekaan yang kreatif.

Gambar Disini