Tarikh

: 02 November 2023

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara membuat akaun emel dan tatacara penggunaan emel.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat akaun emel dengan menggunakan gmail. Peserta mengakses ke laman gmail melalui pautan https://accounts.google.com/signup untuk mendaftar akuan emel yang baru. Peserta perlu mencipta alamat emel dan kata laluan bagi log masuk akaun emel. Peserta diajar cara menghantar emel. Peserta pilih butang Compose kemudian mengisi akaun emel penerima, subjek emel, dan menaip butiran maklumat pada ruangan itu. Peserta juga melampirkan dokumen dan pilih butang “Send”Peserta berjaya membuat penghantaran emel kepada akaun penerima dengan menggunakan gmail.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 15 Oktober 2023

Masa

: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat baucer produk menggunakan aplikasi Canva.

Aktiviti

Peserta melayari laman web Canva kemudian memilih rekaan templat baucer yang bersesuaian.  Peserta juga memilih daripada pustaka yang telah tersedia dengan unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan pebagai lagi. Peserta menyunting imej yang menarik dan menambah teks yang bersesuaian. Kemudian, peserta klik pada butang “Simpan” untuk memuat turun poster bagi membuat cetakan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 14 Oktober 2023

Masa

: 12.00 Tengahari – 01.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk mempelajari kebaikan dan kepentingan kerja berpasukan dalam menjalankan aktiviti berkumpulan.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang maksud kerja berpasukan. Petugas juga memaparkan video mengenai kepentingan kerja berpasukan dalam menjalankan aktiviti berkumpulan. Peserta diminta menyenaraikan sikap yang perlu ada bagi menjadi ahli pasukan yang baik. Peserta juga memahami kepentingan semangat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti berkumpulan. Sikap kepimpinan yang baik akan mewujudkan pasukan atau kumpulan yang baik.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 14 Oktober 2023

Masa

: 02.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk mempelajari cara membuat poster bertemakan hari sukan negara yang menarik dengan menggunakan aplikasi Canva.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara menghasilkan poster bertemakan hari sukan negara menerusi aplikasi Canva dengan menggunakan cara-cara yang betul.  Peserta mengakses ke laman web Canva menggunakan pautan https://www.canva.com/. Peserta log masuk ke akaun dan membuat pilihan templat poster untuk digunakan. Peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon yang telah diberi. Kemudian, peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam templat poster berkenaan. Para peserta berjaya menghasilkan poster hari sukan negara yang kreatif.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 14 Oktober 2023

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk mempelajari tips pengurusan masa yang baik dalam kehidupan seharian.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tips pengurusan masa yang baik.  Petugas juga memaparkan video tips pengurusan masa dalam menjalankan aktiviti seharian. Peserta diminta menyenaraikan cara mereka menguruskan masa dalam aktiviti seharian. Peserta juga memahami kepentingan merancang dan membuat jadual bagi aktiviti seharian bagi pengurusan masa yang berkesan. Peserta dapat membezakan antara aktiviti yang berfaedah dan aktiviti yang hanya membuang masa. Para peserta berjaya menghasilkan jadual seharian yang baik bagi mengamalkan pengurusan masa yang berkesan.

Gambar Disini