Tarikh |
: 08 Oktober 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh peserta-peserta di kalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini adalah memberi pembelajaran kepada para peserta untuk mengenali permainan logik kejuruteraan (Electrio) menerusi atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi demonstrasi tentang tatacara bermain aplikasi Electrio secara atas talian. Peserta perlu menyambungkan cas positif dan negatif untuk membuat litar tertutup. Peserta mesti menghubungkan kedua-dua supaya ia bersilih ganti seperti positif, negatif, positif dan seterusnya. Peserta juga menyambungkan sahaja caj bertetangan. Permainan Electrio akan semakin mencabar mengikut peringkat seterusnya bagi yang melepasinya.