Tarikh

: 05 Disember 2023

Masa

: 03.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara memasarkan produk di Facebook Marketplace.

 

Aktiviti

Peserta mengakses akaun facebook. Peserta klik pada pilihan “marketplace” Peserta turut mengisi info produk. Peserta juga memuat naik gambar produk. Peserta mengisi maklumat seperti harga, lokasi perniagaan, warna serta saiz produk.Peserta menyimpan maklumat produk bagi membolehkan produk di senaraikan di marketplace.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 04 Disember 2023

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara membuat permohonan pembahagian pusaka kecil dalam talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat permohonan pembahagian pusaka kecil di portal rasmi. Peserta diminta untuk melayari pautan rasmi di https://www.myetapp.gov.my/v7/online/. Peserta mendaftar akaun baharu. Peserta log masuk pada akaun dan melengkapkan maklumat yang diperlukan. Peserta juga membuat pengesahan kod captcha dan pengakuan pemohonan. Peserta klik pada butang “Hantar” setelah selesai mengisi borang permohonan. Peserta mencetak borang permohonan untuk rujukan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 03 Disember 2023

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Aktiviti permainan ini adalah bertujuan untuk memberi galakkan kepada peserta untuk mempelajari dan mencuba permainan Sudoku dengan menggunakan tatacara yang betul.

Aktiviti

Petugas memberi demonstrasi kepada peserta tentang tips yang perlu digunakan untuk penyelesaian permainan Sudoku. Pertama sekali, peserta mengakses laman sesawang Sudoku pada pautan https://sudoku.com/. Kemudian, peserta perlu meneka dan mengisi nombor pada ruangan kotak grid. Petugas juga turut membantu para peserta bagi penyelesaian permainan Sudoku tersebut.

Gambar Disini

 


 

Tarikh

: 03 Disember 2023

Masa

: 04.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini telah dihadiri oleh para peserta yang dikategorikan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pembelajaran kepada peserta tentang cara penyusunan blok coding secara atas talian.

 

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan dan tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat penyusunan coding menerusi komputer dengan menggunakan prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses ke laman web latihan coding menerusi pautan https://code.org/Seterusnya, peserta diperkenalkan elemen-elemen yang terdapat pada laman coding tersebut. Ianya terdapat tiga elemen antaranya ialah “Play Space, Tool Box dan Workspace”. Kemudian, peserta diajar untuk menyusun blok-blok yang telah disediakan. Pelajar juga mendapat penguasaan dan kemahiran baru dalam menyusun blok coding dengan menggunakan komputer.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 02 Disember 2023

Masa

: 04.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tujuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat lampiran bergambar dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti

Petugas memberi demonstrasi kepada peserta tentang cara-cara membuat lampiran bergambar di Microsoft Word. Pertama sekali, peserta membuka perisian Microsoft Word. Seterusnya, peserta sedang mencari gambar yang berkaitan menerusi laman web Google Image untuk dimuat turun. Kemudian, peserta menyusun gambar yang telah dimuat turun di ruangan templat Microsoft Word dengan berpandukan tunjuk ajar dari petugas.

Gambar Disini