Tarikh |
: 17 Disember 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa sains para peserta.
Aktiviti
Peserta melayari aplikasi wordwall. Para peserta menjawab soalan kuiz STEM di aplikasi wordwall.
Sesi perbincangan jawapan bersama para peserta. Para peserta membuat pembetulan bagi soalan yang salah.
Tarikh |
: 16 Disember 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa melayu para peserta.
Aktiviti
Peserta melayari aplikasi wordwall. Peserta membuat latihan tatabahasa berkaitan kata adjektif,kata kerja, kata nama dan membina ayat. Sesi perbincangan jawapan bersama para peserta. Para peserta membuat pembetulan bagi soalan yang salah.
Tarikh |
: 13 Disember 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di portal rasmi EzBiz secara dalam talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pembaharuan lesen perniagaan (SSM) di portal rasmi EzBiz dengan mengikuti prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mendaftar akaun sebagai pengguna dengan melayari portalhttps://ezbiz.ssm.com.my/. Seterusnya, peserta log masuk akaun tersebut serta membuat permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan. Selain itu, peserta juga membuat bayaran perbankan secara dalam talian setelah mengisi maklumat perniagaan. Akhirnya, pendaftaran lesen perniagaan yang baharu telah berjaya dibuat oleh peserta tersebut. Peserta memuat turun dokumen untuk tujuan cetakan.
Tarikh |
: 15 Disember 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan mengenai kemahiran berfikir secara kreatif.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang berfikir secara kreatif. Petugas juga memaparkan video mengenai pemikiran kreatif. Peserta turut mempelajari kepentingan pemikiran kreatif. Peserta juga dapat memahami proses dalam pemikiran secara kreatif.
Tarikh |
: 15 Disember 2023 |
Masa |
: 11.00 Petang – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah memberi penerangan mengenai mindset usahawan kepada peserta.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan mengenai maksud mindset dan kepentingan mindset sebagai seorang usahawan, Peserta juga turut mendengar penerangan mengenai bagaimana mindset terbentuk. Peserta juga dapat mengetahui mengenai ciri-ciri mindset usahawan dan cara untuk memperkukuhkannya.