Tarikh |
: 14 Oktober 2023 |
Masa |
: 02.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk mempelajari cara membuat poster bertemakan hari sukan negara yang menarik dengan menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara menghasilkan poster bertemakan hari sukan negara menerusi aplikasi Canva dengan menggunakan cara-cara yang betul. Peserta mengakses ke laman web Canva menggunakan pautan https://www.canva.com/. Peserta log masuk ke akaun dan membuat pilihan templat poster untuk digunakan. Peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon yang telah diberi. Kemudian, peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam templat poster berkenaan. Para peserta berjaya menghasilkan poster hari sukan negara yang kreatif.