Tarikh |
: 02 November 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara membuat akaun emel dan tatacara penggunaan emel.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat akaun emel dengan menggunakan gmail. Peserta mengakses ke laman gmail melalui pautan https://accounts.google.com/signup untuk mendaftar akuan emel yang baru. Peserta perlu mencipta alamat emel dan kata laluan bagi log masuk akaun emel. Peserta diajar cara menghantar emel. Peserta pilih butang Compose kemudian mengisi akaun emel penerima, subjek emel, dan menaip butiran maklumat pada ruangan itu. Peserta juga melampirkan dokumen dan pilih butang “Send”. Peserta berjaya membuat penghantaran emel kepada akaun penerima dengan menggunakan gmail.