Tarikh |
: 09 Oktober 2023 |
Masa |
: 04.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat semakan keputusan tahun satu sesi 2023/2024 menerusi atas talian dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat semakan keputusan tahun satu sesi 2023/2024. Selain itu, peserta melayari pautan https://idme.moe.gov.my/login untuk log masuk akaun. Setelah itu, peserta memasuki nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk kepada akaun. Seterusnya, peserta membuat pengesahan penempatan serta memuat turun borang tawaran dan borang pengesahan untuk membuat cetakan.