Tarikh |
: 02 Disember 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi latihan kepada peserta bagi kemahiran menaip dan mempelajari penggunaan bullet dan numbering di Microsoft Word.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menggunakan ikon bullet dan numbering menerusi Microsoft Word. Pertama sekali, peserta membuka perisian Microsoft Word bagi menaip artikel ringkas. Kemudian, peserta juga menambah ikon bullet dan numbering pada artikel yang telah selesai ditaipkan.
Tarikh |
: 01 Disember 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Aktiviti ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini adalah memberi demonstrasi kepada peserta tentang cara-cara membuat origami dengan berpandukan tutorial di Youtube.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat origami yang berbentuk katak sedang melompat. Pertama sekali, peserta melayani video tutorial menerusi aplikasi Youtube tentang cara-cara membuat origami. Setelah itu, peserta memulakan lipatan kertas dengan berpandukan video tutorial. Pada akhir sekali, peserta berjaya menghasilkan origami yang berbentuk katak melompat.
Tarikh |
: 18 November 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memperkenalkan permainan pendidikan tangram puzzle kepada para peserta.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang permainan tangram puzzle. Peserta perlu menggunakan daya kreativiti dan logik bagi menyusun 7 bentuk bagi menghasilkan satu objek. Peserta melayari laman webhttps://www.mathplayground.com/tangram_puzzles.html Peserta menyelesaikan tangram puzzle yang diberikan. Para peserta perlu menyelesaikan 6 set tangram puzzle.
Tarikh |
: 03 September 2023 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh peserta di kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat slaid pembentangan dengan menggunakan Microsoft PowerPoint.
Aktiviti
Peserta diberi demonstrasi tentang cara-cara membuat slaid pembentangan dengan betul. Pertama sekali, peserta membuka perisian Microsoft PowerPoint. Setelah itu, peserta memilih tema templat yang bersesuain. Kemudian, peserta mengisi maklumat pada slaid tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh |
: 18 November 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk mempelajari gaya komunikasi yang berkesan dan betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang gaya komunikasi. Petugas juga memaparkan video mengenai 9 gaya komunikasi. Peserta diminta memahami perbezaan setiap gaya komunikasi. Peserta juga dapat memahami jenis gaya komunikasi yang baik dan berkesan.