Tarikh |
: 18 Februari 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh di kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat mempertingkatkan tahap pemahaman bagi subjek Matematik dengan menggunakan aplikasi e-Pembelajaran iaitu Kahoot.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara menjawab soalan kuiz di aplikasi Kahoot. Setelah itu, peserta diminta oleh untuk mengakses ke aplikasi https://kahoot.com. Seterusnya, peserta dikhendaki untuk menjawab soalan kuiz yang diberi dengan pemantauan petugas. Selain daripada itu, peserta juga dapat menguasai pemahaman dalam subjek Matematik melalui aplikasi tersebut.
Tarikh |
: 05 Februari 2023 |
Masa |
: 02.30 Petang – 03.30 Petang |
Lokasi |
: Program Hari Terbuka Komuniti PEDi Felda Titi |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Pertandingan ini telah disertai oleh peserta di kalangan belia. Permainan ini bertujuan untuk menguji kepantasan dan daya fokus antara peserta.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi demonstrasi kepada peserta tentang cara-cara bermain penyusunan cawan terpantas. Kemudian, petugas mengehadkan masa kepada 5 minit bagi aktiviti dalam permainan tersebut. Selain itu, para peserta juga dikehendaki untuk membuat susunan cawan dengan pantas. Susunan cawan itu juga peserta perlulah ikat menggunakan tali agar dapat menyeimbangkan kedudukannya. Akhir sekali, peserta yang paling pantas yang menyelesaikan aktiviti tersebut akan dikira sebagai pemenang.
Tarikh |
: 04 Februari 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Program Hari Terbuka Komuniti PEDi Felda Titi |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa peserta di kategori belia. Tujuan pertandingan ini adalah menguji tahap kepantasan menaip peserta dalam penggunaan papan kekunci.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta tentang tatacara penggunaan aplikasi www.speedtyping.com. Kemudian, petugas mengehadkan masa kepada 5 minit bagi aktiviti dalam permainan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menaip semula artikel berdasarkan artikel yang telah diberi. Akhir sekali, peserta yang paling pantas menyiapkan artikel tersebut akan dikira sebagai pemenang.
e-Pembelajaran: Permainan Pendidikan: Kelas Permainan Interaktif Jigsaw Puzzle bertemakan Buli Siber
Tarikh |
: 05 Februari 2023 |
Masa |
: 04.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Program Hari Terbuka Komuniti PEDi Felda Titi |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Pertandingan ini telah disertai oleh peserta dalam kategori kanak-kanak. Permainan ini bertujuan untuk menguji tahap fokus dan persaingan yang lebih positif antara peserta.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta tentang tatacara penggunaan aplikasi www.jigsawexplorer.com. Kemudian, petugas mengehadkan masa kepada 5 minit bagi aktiviti dalam permainan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk melengkapkan susunan blok puzzle dalam talian. Akhir sekali, peserta yang paling pantas melengkapkan susunan puzzle tersebut akan dikira sebagai pemenang.
Tarikh |
: 04 Februari 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Program Hari Terbuka Bersama Komuniti PEDi Felda Titi |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Pertandingan ini telah disertai oleh beberapa peserta dalam kategori pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini adalah menguji peserta menerusi aplikasi WordSearch.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi pengenalan kepada peserta dalam tatacara penggunaan aplikasi WordSearch. Kemudian, petugas mengehadkan masa kepada 5 minit bagi para peserta dalam aktiviti tersebut. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk menyambung silang kata itu menjadi satu perkataan berdasarkan perkataan yang telah diberi. Akhir sekali, bagi peserta yang menyelesaikan permainan tersebut lebih pantas dan tepat akan dikira sebagai pemenang.