Tarikh |
: 03 Disember 2023 |
Masa |
: 04.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Aktiviti ini telah dihadiri oleh para peserta yang dikategorikan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pembelajaran kepada peserta tentang cara penyusunan blok coding secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan dan tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat penyusunan coding menerusi komputer dengan menggunakan prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses ke laman web latihan coding menerusi pautan https://code.org/. Seterusnya, peserta diperkenalkan elemen-elemen yang terdapat pada laman coding tersebut. Ianya terdapat tiga elemen antaranya ialah “Play Space, Tool Box dan Workspace”. Kemudian, peserta diajar untuk menyusun blok-blok yang telah disediakan. Pelajar juga mendapat penguasaan dan kemahiran baru dalam menyusun blok coding dengan menggunakan komputer.