Tarikh |
: 14 Januari 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Aktiviti ini telah dihadiri oleh peserta di kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada para peserta untuk mempelajari kemahiran komunikasi (Public Speaking) dalam bahasa Inggeris.
Aktiviti
Pertama sekali, peserta menonton tutorial public speaking menerusi aplikasi Youtube secara atas talian. Kemudian, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Setelah itu, para peserta juga mempelajari untuk bertutur dengan betul ketika di hadapan khalayak ramai.
Tarikh |
: 10 Januari 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran kontraktor di portal rasmi CIMS CIDB.
Aktiviti
Peserta mendaftar akaun sebagai pengguna dengan melayari portal https://cims.cidb.gov.my/smis/. Peserta log masuk akaun tersebut serta membuat permohonan pendaftaran kontraktor. Peserta juga memuat naik dokumen yang diperlukan bagi mengisi borang permohonan. Peserta menerima emel pengesahan pendaftaran telah berjaya. Peserta memuat turun dokumen bagi tujuan cetakan.
Tarikh |
: 06 Januari 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat mempelajari dalam reka cipta poster bertemakan "Free Palestin" yang menarik dengan menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara menghasilkan poster bertemakan Hari Kemerdekaan menerusi aplikasi Canva dengan menggunakan cara-cara yang betul. Pertama sekali, peserta mengakses ke laman web Canva menggunakan pautan https://www.canva.com/. Setelah itu, peserta log masuk ke akaun dan membuat pilihan templat poster untuk digunakan. Selain daripada itu, peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon yang telah diberi. Kemudian, peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam templat poster berkenaan. Akhir sekali, para peserta berjaya menghasilkan poster Free Palestin yang kreatif.
Tarikh |
: 09 Januari 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan. Tujuan kelas ini adalah membantu usahawan untuk memasarkan produk di Shopee.
Aktiviti
Penerangan mengenai Shopee oleh petugas.Petugas menerangkan perkara yang perlu dilakukan bagi menjual produk di Shopee iaitu Persediaan Kedai di Shopee dan Seller Centre. Peserta membuka akaun Shopee. Peserta mendaftar sebagai penjual di seller centre.
Tarikh |
: 06 Januari 2024 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh beberapa peserta dari pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta bagi kemahiran asas menaip menggunakan komputer. Peserta diberi latihan asas menaip secara atas talian dengan menggunakan aplikasi www.monkeytype.com.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan kepada para peserta tentang cara-cara menggunakan papan kekunci komputer untuk menaip. Selain itu, petugas juga memberi pengenalan kepada peserta tentang alat dan intrumen komputer yang akan digunakan. Setelah itu, peserta mempelajari asas menaip komputer dengan menggunakan aplikasi Monkeytype. Aplikasi tersebut dapat membantu peserta untuk lebih mahir dalam penggunaan papan kekunci komputer.