Tarikh |
: 05 Mac 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan peserta mengenai teori kestabilan reka bentuk dan binaan.
Aktiviti
Para peserta menonton tayangan video mengenai cara membuat clay building. Para peserta perbu membina bentuk yang stabil dan kukuh. Para peserta bebas membuat reka bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Peserta menghantar reka bentuk yang telah siap kepada petugas.
Tarikh |
: 05 Mac 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap kefahaman para peserta mengenai konsep kestabilan reka bentuk dan binaan.
Aktiviti
Petugas menerangkan mengenai konsep kestabilan reka bentuk dan binaan kepada para peserta. Para peserta menonton tayangan video mengenai konsep kestabilan.Perbincangan mengenai faktor yang mempengaruhi kestabilan bagi setiap reka bentuk dan binaan.
Tarikh |
: 02 Mac 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: NaDi Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh peserta-peserta di kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi latihan kepada para peserta untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk kuiz secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi demonstrasi tentang cara-cara menjawan soalan kuiz secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Blooket. Peserta mengakses ke aplikasi menerusi pautan https://www.blooket.com/. Peserta memasuki nombor ID dan nama peserta di aplikasi tersebut. Peserta menjawab setiap soalan yang diberi menerusi aplikasi tersebut. Petugas juga mengadakan sesi perbincangan jawapan setelah peserta selesai menjawab kuiz.
Tarikh |
: 02 Mac 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: NaDi Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Aktiviti ini telah disertai oleh peserta di kalangan pelajar sekolah rendah. Permainan ini bertujuan untuk menguji tahap fokus dan persaingan yang lebih positif antara peserta.
Aktiviti
Petugas memberi demonstrasi tentang cara-cara menjawan soalan kuiz secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Blooket. Peserta mengakses ke aplikasi menerusi pautan https://www.jigsawpuzzle.com/. Peserta memasuki nombor ID dan nama peserta di aplikasi tersebut. Peserta menjawab setiap soalan yang diberi menerusi aplikasi tersebut. Petugas juga mengadakan sesi perbincangan jawapan setelah peserta selesai menjawab kuiz.
Tarikh |
: 01 Mac 2023 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: NaDi Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Aktiviti ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat membuat permohonan bantuan persekolahan Baitulmal secara atas talian.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat permohonan bantuan persekolahan Baitulmal. Seterusnya, peserta diminta untuk mengakses ke portal rasmi MAINS di pautan https://www.mains.gov.my/agihan/. Kemudian, peserta membuat pendaftaran akaun baharu. Selain itu, peserta mengisi borang permohonan secara atas talian. Peserta juga memuat naik dokumen sokongan yang telah diimbas ke dalam sistem permohonan. Selepas itu, peserta berjaya menghantar permohonan itu secara atas talian.