Tarikh

: 11 Oktober 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat kertas kerja bagi permohonan bantuan kewangan perniagaan.

 

Aktiviti

Peserta mengakses ke perisian microsoft word untuk membuat kertas kerja. Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan microsoft word dengan memperkenalkan ikon-ikon yang terdapat pada perisian tersebut. Peserta diajar untuk menaip maklumat-maklumat yang berkenaan pada templat microsoft word. Peserta juga diajar untuk memasukkan gambar-gambar yang berkenaan ke dalam kertas kerja tersebut,

Gambar Disini


 

Tarikh

: 10 Oktober 2024

Masa

: 09.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menduduki ujian kompetensi UTM di aplikasi Google Form secara atas talian dengan menggunakan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar tentang cara-cara menduduki ujian kompetensi yang dibuat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Form. Pertama sekali, peserta log masuk ke akaun emel untuk melayari pautan yang diberi iaituhttps://googleform.my/. Setelah itu, peserta mengisi maklumat diri pada borang Google Form dan memulai sesi ujian menerusi atas talian. Peserta menjawab ujian kompetensi itu dengan mengikuti masa yang telah ditetapkan. Akhir sekali, peserta klik pada butang Hantar setelah selesai menjawab ujian tersebut,

Gambar Disini


 

Tarikh

: 01 Oktober 2024

Masa

: 04.00 Petang – 05.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tatacara membuat peta minda yang menarik.

 

Aktiviti

Peserta mengakses ke perisian microsoft powerpoint untuk membuat peta minda. Petugas memberi tunuk ajar cara membuat peta minda. Peserta perlu memilih bentuk untuk peta minda dan memasukkan anak panah bagi menghubungkan setiap bentuk Peserta turut diajar cara memasukkan tulisan dalam peta minda serta menukar warna. Peserta membuat latihan yang diberi oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 10 Oktober 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari kalangan warga emas. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perbankan talian Bank Islam secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perbankan Bank Islam secara atas talian. Pertama sekali, peserta diminta mengakses ke portal perbankan tersebut melalui pautan https://www.bankislam.biz/Setelah itu, peserta klik pada ikon “Register” untuk pendaftaran ke akaun baharu. Kemudian, peserta mengisi maklumat nombor kad debit dan maklumat peribadi. Setelah peserta membuat ID pengguna serta kata laluan, peserta juga membuat permohonan TAC dan memasukkan nombor TAC yang telah diberi melalui nombor telefon. Setelah peserta selesai berjaya membuat pendaftaran, peserta megelog masuk akaun perbankan semula bagi melakukan transaksi wang secara atas talian.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 13 September 2024

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat penghantaran emel melalui Yahoo Mail secara atas talian dengan menggunakan cara-cara yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara menghantar email dengan menggunakan Yahoo Mail. Selain itu, peserta mengakses ke laman Google Mail melalui pautanhttps://gmail.com.my/untuk mengelog masuk akaun dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, peserta pilih butang Compose kemudian mengisi akaun email penerima, subjek email, dan menaip butiran maklumat pada ruangan itu. Peserta juga melampirkan dokumen dan pilih butang Send. Pada akhir sekali, peserta berjaya membuat penghantaran email kepada akaun penerima dengan menggunakan Google Mail.

Gambar Disini