Tarikh |
: 07 Jun 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 oarang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan matematik para peserta.
Aktiviti
Para peserta melayari aplikasi wordwall. Para peserta menjawab soalan kuiz matematik di aplikasi wordwall. Peserta menjawab soalan berkaitan operasi tambah. Sesi perbincangan jawapan bersama peserta turut dilakukan.
Tarikh |
: 05 Jun 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar cara mengisi borang permohonan dalam talian dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan BUDi Madani. Peserta mengakses ke laman web BUDI Madani. Peserta mendaftar akaun baharu untuk log masuk. Peserta mengisi maklumat bagi permohonan BUDI Madani kategori individu. Peserta menghantar borang permohonan yang telah lengkap diisi. Peserta memuat turun borang yang telah lengkap.
Tarikh |
: 20 Mei 2024 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan usahawan setempat. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar peserta bagi mendaftar akaun e-Perolehan secara atas talian.
Aktiviti
Pertama sekali, peserta memberi penerangan dan demostrasi kepada peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran akaun e-Perolehan secara atas talian. Setelah itu, peserta melayari laman web sistem e-Perolehan menerusi pautan https://www.eperolehan.gov.my/online-registration. Kemudian, peserta membuat pendaftaran akaun baharu dan melengkap butiran maklumat perniagaan pada borang permohonan tersebut.
Tarikh |
: 01 Jun 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan pendaftaran murid tahun satu secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat permohonan pendaftaran tahun satu melalui atas talian. Pertama sekali, peserta melayari laman web https://idme.moe.gov.my/bagi membuat pendaftaran akaun pengguna yang baharu. Selain itu, peserta membuat pengesahan akaun pengguna menerusi email. Setelah itu, peserta mengelog masuk akaun dan klik pada modul pengurusan awam. Kemudian, peserta mengisi dan membuat kemaskini pada pengurusan profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan. Peserta klik pada ikon “Hantar” setelah membuat pengesahan perakuan. Peserta juga memuat turun borang yang telah lengkap itu untuk membuat cetakkan.
Tarikh |
: 12 Mei 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah mempelajari reka cipta kad hari ibu dengan menggunakan aplikasi canva.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara menghasilkan kad bertemakan hari ibu menerusi aplikasi canva dengan menggunakan cara-cara yang betul. Peserta mengakses ke laman web canva menggunakan pautan https://www.canva.com/. Peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon yang telah diberi. Peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam templat kad hari ibu.