Tarikh

: 10 Oktober 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta dari kalangan warga emas. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perbankan talian Bank Islam secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perbankan Bank Islam secara atas talian. Pertama sekali, peserta diminta mengakses ke portal perbankan tersebut melalui pautan https://www.bankislam.biz/Setelah itu, peserta klik pada ikon “Register” untuk pendaftaran ke akaun baharu. Kemudian, peserta mengisi maklumat nombor kad debit dan maklumat peribadi. Setelah peserta membuat ID pengguna serta kata laluan, peserta juga membuat permohonan TAC dan memasukkan nombor TAC yang telah diberi melalui nombor telefon. Setelah peserta selesai berjaya membuat pendaftaran, peserta megelog masuk akaun perbankan semula bagi melakukan transaksi wang secara atas talian.

Gambar Disini