Tarikh

: 11 Mei 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah menjalankan eksperimen mengenai bahan magnet dan bahan bukan magnet.

Aktiviti

Petugas menerangkan mengenai tatacara melakukan eksperiman. Peserta diberi kit magnet. Peserta perlu mengikat objek (kilp kertas, paku, batu, manik,kertas dan straw) pada kayu yang diberi. Peserta perlu membawa objek yang telah diikat berdekatan magnet. Jika objek tertarik ke arah magnet objek tersebut adalah bahan magnet dan jika menolak ia adalah bahan bukan magnet.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 11 Mei 2024

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk menerangkan maksud magnet dan fungsi magnet kepada para peserta.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan mengenai apa itu magnet. Penerangan mengenai kutub magnet, daya tarikan dan daya tolakan magnet dan bahan magnet dan bahan bukan magnet.Tayangan video mengenai magnet dalam kehidupan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 08 Mei 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan wanita. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat menghantar email (Compose) dengan menggunakan Yahoo Mail dengan tatacara yang betul.

 

Aktiviti

Pertama sekali, petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara mengarang email dengan menggunakan Yahoo Mail. Selain itu, peserta mengakses ke laman Yahoo Mail untuk mengelog masuk akaun dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, peserta pilih butang “Compose” kemudian mengisi akaun email penerima, subjek email, dan menaip butiran maklumat pada ruangan itu. Peserta juga melampirkan dokumen seterusnya pilih butang “Send”. Pada akhir sekali, peserta berjaya membuat penghantaran email kepada akaun penerima dengan menggunakan Yahoo Mail.

Gambar Disini


 

 

Tarikh

: 10 Mei 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta tatacara membuat peta minda yang menarik.

 

Aktiviti

Peserta mengakses ke perisian microsoft powerpoint untuk membuat peta minda. Petugas memberi tunuk ajar cara membuat peta minda. Peserta perlu memilih bentuk untuk peta minda dan memasukkan anak panah bagi menghubungkan setiap bentuk Peserta turut diajar cara memasukkan tulisan dalam peta minda serta menukar warna. Peserta membuat latihan yang diberi oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 04 Mei 2024

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tenghari

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta meningkatkan penguasaan kepada penggunaan Microsoft Word.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan fungsi Microsoft Word kepada peserta. Peserta diberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan ikon “WordArt”. Peserta turut diberi pendedahan dan penerangan fungsi penggunaan ikon WordArt di Microsoft Word.

Gambar Disini