Tarikh |
: 21 April 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan sains para peserta.
Aktiviti
Para peserta melayari aplikasi wordwall. Para peserta menjawab soalan kuiz sains di aplikasi wordwall. Peserta menjawab soalan berkaitan deria rasa. Sesi perbincangan jawapan bersama peserta turut dilakukan.
Tarikh |
: 20 April 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk mempelajari cara membuat jadual menggunakan microsoft word dengan betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai cara-cara menggunakan microsoft word. Peserta mengakses ke perisian microsoft word. Peserta diajar cara membuat jadual dengan menentukan bilangan lajur dan baris. Peserta membuat jadual. Peserta mengisi data-data di dalam kotak jadual. Peserta membuat latihan yang diberi oleh petugas. Peserta juga menyimpan jadual tersebut sebagai satu dokumen.
Tarikh |
: 17 April 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah mempelajari tatacara membuat kertas kerja yang betul bagi permohonan bantuan kewangan perniagaan.
Aktiviti
Peserta mengakses ke perisian microsoft word untuk membuat kertas kerja. Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan microsoft word dengan memperkenalkan ikon-ikon yang terdapat pada perisian tersebut. Peserta diajar untuk menaip maklumat-maklumat yang berkenaan pada templat microsoft word. Peserta juga diajar untuk memasukkan gambar-gambar yang berkenaan ke dalam kertas kerja tersebut, Peserta mencetak kertas kerja yang telah lengkap.
Tarikh |
: 18 April 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk mempelajari tatacara menggunakan ChatGPT bagi membuat kertas kerja yang betul untuk permohonan bantuan baja tanaman.
Aktiviti
Peserta mengakses ke aplikasi ChatGPT. Peserta mendaftar akaun baharu untuk log masuk ke aplikasi ChatGPT. Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan aplikasi tersebut. Peserta menaip maklumat yang diperlukan untuk membuat kertas kerja di aplikasi ChatGPT. Peserta memuat turun maklumat dari aplikasi ChatGPT untuk membuat kertas kerja. Peserta mencetak kertas kerja yang telah lengkap.
Tarikh |
: 07 April 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Aktiviti ini telah dihadiri oleh beberapa peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat bersaing secara sihat dalam cabaran permainan melambung botol mineral.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi demonstrasi kepada para peserta tentang cara-cara bermain permainan Bottle Flip dengan betul. Setelah itu, peserta akan cuba melambung botol mineral dan botol mieral mendarat pada meja. Selain daripada itu, peserta berlatih secara berulang agar botol mineral dapat mendarat dengan sempurna di atas meja, Aktiviti ini memerlukan focus yang tinggi dan dapat membantu menguatkan otot lengan.