Tarikh

: 10 September 2024

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang warga emas. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat tentatif bagi ceramah agama dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara penggunaan Microsoft Word. Setelah itu, peserta mengakses templat Microsoft Word bagi menaip butiran tentatif tentang ceramah agama yang bakal dianjurkan. Peserta juga mempelajari penggunaan item seperti kotak jadual, saiz font dan pelbagai elemen lain.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 06 September 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh beberapa belia dari lepasan SPM. Tujuan kelas adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat resume yang lengkap dengan menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat resume yang lengkap dengan cara yan betul. Selain itu, peserta membuat template resume terlebih dahulu. Kemudian, peserta menambah maklumat diri ke dalam template tersebut. Setelah itu, peserta juga diajar oleh petugas cara-cara untuk menyunting kedudukan maklumat-maklumat di ruang template agar resume tersebut dilihat kemas. Akhir sekali, peserta berjaya menghasilkan resume yang lengkap dan kemas.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 17 Ogos 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan sains para peserta.

 

Aktiviti

Para peserta melayari aplikasi wordwall. Para peserta menjawab soalan kuiz sains di aplikasi wordwall. Peserta menjawab soalan berkaitan sifat jirim dan perubahan keadaan jirim.

Sesi perbincangan jawapan bersama peserta turut dilakukan.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 18 Ogos 2024

Masa

: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi penerangan tatacara membuat eksperimen aiskrim goncang.

Aktiviti

Petugas menerangkan cara membuat aiskrim goncang. Petugas menerangkan perubahan keadaan jirim ynag berlaku adalah dari cecair kepada pepejal. Proses yang terlibat ialah proses pembekuan. Petugas menayangkan video mengenai eksperimen aiskrim goncang. Para peserta melakukan eksperimen seperti yang telah diajar oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh

: 17 Ogos 2024

Masa

: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi penerangan mengenai sifat jirim dan perubahan keadaan jirim kepada para peserta.

Aktiviti

Petugas menerangkan sifat jirim dan perubahan keaadaan jirim kepada para peserta, Petugas menerangkan sifat pepejal, cecair dan gas. Petugas menayangkan video mengenai sifat setiap jirim.

Para peserta turut diajar mengenai perubahan keaadaan jirim contohnya seperti cecair kepada pepejal dikenali sebagai proses pembekuan.

Gambar Disini