Tarikh |
: 10 September 2024 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang warga emas. Tujuan kelas ini adalah petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat tentatif bagi ceramah agama dengan menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada peserta tatacara penggunaan Microsoft Word. Setelah itu, peserta mengakses templat Microsoft Word bagi menaip butiran tentatif tentang ceramah agama yang bakal dianjurkan. Peserta juga mempelajari penggunaan item seperti kotak jadual, saiz font dan pelbagai elemen lain.