Tarikh |
: 13 Julai 2024 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa inggeris para peserta.
Aktiviti
Para peserta melayari laman web https://www.english-4u.de/ . Para peserta menjawab soalan tatabahasa. Perbincangan jawapan bersama para peserta. Para peserta membuat pembetulan bagi jawapan yang salah.
Tarikh |
: 12 Julai 2024 |
Masa |
: 04.00 Petang – 05.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 11 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 11 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta untuk mempelajari kebaikan kerja dalam berpasukan.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang cara-cara bermain mixing rocks. Para peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Peserta akan mengasingkan batu berwarna dalam kumpulan. Para peserta mesti bekerjasama dalam kumpulan dalam tugasan tersebut. Kumpulan yang paling pantas mengasingkan batu berwarna dikira sebagai pemenang.
Tarikh |
: 08 Julai 2024 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta untuk membuat pembaharuan lesen memandu kereta menerusi portal mySikap JPJ secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi demonstrasi kepada peserta mengenai cara-cara membuat pembaharuan lesen memandu menerusi atas talian. Peserta mengakses portal rasmi mySikap JPJ kemudian peserta membuat pendaftaran akaun pengguna baharu. Setelah itu, peserta membuat pengesahan verifikasi melalui akaun emel peribadi. Selepas itu, peserta mengelog masuk akaun pengguna dan mengisi data maklumat peribadi yang diminta dalam borang tersebut. Selepas daripada itu, peserta membuat pembayaran transaksi secara atas talian. Setelah selesai membuat pembaharuan, peserta memuat turun e-Lesen digital yang telah diperbaharui untuk simpanan sendiri.
Tarikh |
: 09 Julai 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat semakan permohonan pembahagian pusaka kecil dalam talian.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang tatacara membuat semakan permohonan pembahagian pusaka kecil di portal rasmi. Peserta diminta untuk melayari pautan rasmi di https://www.myetapp.gov.my/v7/online/. Peserta log masuk pada akaun. Peserta juga membuat semakan permohonan yang telah dihantar. Peserta mencetak borang permohonan untuk rujukan.
Tarikh |
: 04 Julai 2024 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara menjawab peperiksaan SPA9i secara dalam talian
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang adab menzaiarahi orang sakit. Peserta Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara menduduki peperiksaan SPA9i dalam talian. Peserta log masuk akaun emel terlebih dahulu untuk memasuki pautan yang diberi melalui emel dan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah diberi sebelum sesi peperiksaan bermula. Peserta juga menjawab soalan-soalan peperiksaan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Setelah selesai menjawab soalan, peserta klik pada butang “Hantar”.