Tarikh |
: 20 April 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah untuk mempelajari cara membuat jadual menggunakan microsoft word dengan betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan mengenai cara-cara menggunakan microsoft word. Peserta mengakses ke perisian microsoft word. Peserta diajar cara membuat jadual dengan menentukan bilangan lajur dan baris. Peserta membuat jadual. Peserta mengisi data-data di dalam kotak jadual. Peserta membuat latihan yang diberi oleh petugas. Peserta juga menyimpan jadual tersebut sebagai satu dokumen.