Tarikh |
: 01 April 2024 |
Masa |
: 09.00 Pagi – 10.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang pengerusi komuniti setempat. Tujuan kelas ini adalah peserta dapat mempelajari tatacara penggunaan Microsoft Word dengan betul untuk membuat kertas kerja bagi penganjuran program.
Aktiviti
Pertama sekali, petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan Microsoft Word dengan memperkenalkan ikon-ikon yang terdapat pada perisian tersebut. Setelah itu, peserta diajar untuk menaip maklumat-maklumat yang berkenaan pada templat Microsoft Word. Selain daripada itu, peserta juga diajar untuk memasukkan gambar-gambar yang berkenaan ke dalam kertas kerja tersebut, Akhir sekali, peserta berjaya menyiapkan kertas kerja yang telah dibuat dengan kemas. Peserta menyimpan kertas kerja tersebut sebagai dokumen dan untuk cetakan.