Tarikh |
: 5 Oktober 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan peserta dalam subjek Bahasa Cina.
Aktiviti
Petugas mengajar peserta mengenali warna dalam Bahasa Cina. Peserta diajar cara sebutan dan penulisan mengenai warna dalam Bahasa Cina menggunakan paparan laman web di internet. Selain itu, peserta diberi tugasan menjawab soalan latihtubi subjek Bahasa Cina menggunakan aplikasi Quizziz. Sesi perbincangan dan penerangan jawapan turut diadakan.