Tarikh |
: 13 April 2019 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk memperkukuhkan lagi pemahaman pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris terutamanya dari segi “Vocabulary”, “Grammar”, “Spelling” dan cara membina ayat dengan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan dan memperkenalkan aplikasi Quizizz kepada peserta. Peserta melayari laman web serta log masuk untuk menjawab soalan yang disediakan. Peserta menjawab soalan yang disediakan di aplikasi dengan baik dan teratur.
Tarikh |
: 9 April 2019 |
Masa |
: 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh dua orang peserta belia dimana peserta di ajar cara-cara untuk memohon pekerjaan secara atas talian.
Aktiviti
Petugas menerangkan cara mendaftar akaun di portal mencari pekerjaan melalui laman web https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp . Peserta dikehendaki mengisi segala maklumat butiran peribadi ke dalam laman portal tersebut. Petugas juga memberi tunjuk ajar cara-cara untuk memuat naik sijil-sijil yang berkaitan ke dalam laman portal berkenaaan. Seterusnya, peserta dapat menghantar borang permohonan pekerjaaan tersebut dengan jayanya.
Tarikh |
: 20 Mac 2019 |
Masa |
: 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang usahawan Cuckoo. Peserta mempelajari tatacara penggunaan Microsoft Office Powerpoint bagi tujuan membuat slaid bagi kertas kerja perniagaan.
Aktiviti
Petugas menerangkan cara-cara menggunakan Microsoft Office Powerpoint serta memperkenalkan ikon-ikon yang terdapat di dalam Microsoft Office Powerpoint . Petugas menerangkan perkara yang perlu ada dalam slaid pembentangan bagi kertas kerja perniagaan tersebut. Antaranya ialah, nama syarikat,perkhidmatan yang disediakan,gambar produk,maklumat produk serta testimoni. Peserta dapat menyiapkan slaid pembentangan dengan baik.
Tarikh |
: 4 April 2019 |
Masa |
: 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah dari Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh.
Aktiviti
Petugas menerangkan cara-cara memuat turun gambar di internet dengan mudah. Peserta diajar cara menggunakan aplikasi Google Images untuk mencari gambar dengan mudah. Petugas memberi tunjuk ajar cara penggunaan Microsoft Office Word dan memperkenalkan ikon-ikon yang terdapat dalam Microsoft Office Word. Peserta dapat menyiapkan tugasan sekolah menggunakan Microsoft Office Word dengan kemas dan teratur.
Tarikh |
: 9 March 2019 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk memperkukuhkan dan menguatkan lagi pemahaman pelajar dalam Bahasa Inggeris melalui aplikasi English 4U di https://www.english-4u.de/.
Aktiviti
Petugas menerangkan cara-cara menjawab soalan melalui portal English 4U. Soalan Bahasa Inggeris yang diberikan ialah merangkumi “Preposition of Time” serta “Spelling Bee”. Peserta dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan.