Tarikh |
: 17 Mac 2023 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh para peserta yang dikategorikan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang mempelajari bahasa asas coding (kod) program komputer iaitu bahasa komunikasi kepada komputer.
Aktiviti
Petugas memberi pengenalan dan tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat bahasa coding menerusi computer dengan menggunakan prosedur yang betul. Pertama sekali, peserta diminta untuk mengakses ke laman web latihan coding menerusi pautan https://code.org/. Seterusnya, peserta diperkenalkan elemen-elemen yang terdapat pada laman coding tersebut. Ianya terdapat tiga elemen antaranya ialah “Play Space, Tool Box dan Workspace”. Kemudian, peserta diajar untuk menyusun kod-kod yang telah disediakan. Pelajar juga mendapat penguasaan dari segi pemahaman dalam mencipta dan menyusun bahasa coding.