Tarikh

: 01 Jun 2024

Masa

: 03.00 Petang – 04.00 Petang

Lokasi

: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh

Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta wanita. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara-cara membuat permohonan pendaftaran murid tahun satu secara atas talian dengan menggunakan prosedur yang betul.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan kepada peserta mengenai tatacara membuat permohonan pendaftaran tahun satu melalui atas talian. Pertama sekali, peserta melayari laman web https://idme.moe.gov.my/bagi membuat pendaftaran akaun pengguna yang baharu. Selain itu, peserta membuat pengesahan akaun pengguna menerusi email. Setelah itu, peserta mengelog masuk akaun dan klik pada modul pengurusan awam. Kemudian, peserta mengisi dan membuat kemaskini pada pengurusan profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan. Peserta klik pada ikon “Hantar” setelah membuat pengesahan perakuan. Peserta juga memuat turun borang yang telah lengkap itu untuk membuat cetakkan.

Gambar Disini