Tarikh |
: 12 Mei 2024 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 11.00 Pagi |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta. Tujuan kelas ini adalah mempelajari reka cipta kad hari ibu dengan menggunakan aplikasi canva.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang tatacara menghasilkan kad bertemakan hari ibu menerusi aplikasi canva dengan menggunakan cara-cara yang betul. Peserta mengakses ke laman web canva menggunakan pautan https://www.canva.com/. Peserta diberi tunjuk ajar oleh petugas cara-cara untuk menggunakan ikon yang telah diberi. Peserta memilih gambar, elemen animasi teks tulisan yang menarik serta reka bentuk yang bersesuaian untuk digunakan dalam templat kad hari ibu.