Tarikh |
: 08 Julai 2024 |
Masa |
: 11.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh seorang peserta. Tujuan kelas ini adalah membantu peserta untuk membuat pembaharuan lesen memandu kereta menerusi portal mySikap JPJ secara atas talian.
Aktiviti
Petugas memberi demonstrasi kepada peserta mengenai cara-cara membuat pembaharuan lesen memandu menerusi atas talian. Peserta mengakses portal rasmi mySikap JPJ kemudian peserta membuat pendaftaran akaun pengguna baharu. Setelah itu, peserta membuat pengesahan verifikasi melalui akaun emel peribadi. Selepas itu, peserta mengelog masuk akaun pengguna dan mengisi data maklumat peribadi yang diminta dalam borang tersebut. Selepas daripada itu, peserta membuat pembayaran transaksi secara atas talian. Setelah selesai membuat pembaharuan, peserta memuat turun e-Lesen digital yang telah diperbaharui untuk simpanan sendiri.