LEMANG PERIUK KERA 

 

Lemang Periuk Kera 

 

Lazimnya periuk kera dikenali pokok maging yang memerangkap serangga di dalam periuknya dan hanya ditemui dalam hutan tebal, paya dan batu kapur. Pemprosesan penyediaan lemang periuk kera hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.Penyediaannya memang lebih mudah iaitu menggunakan teknik mengukus berbanding lemang biasa yang dibakar. Lemang periuk kera ini dijual dengan harga RM1.50 satu dan sesuai dimakan dengan rendang atau serunding.

 

Sumber : http://fbaans.blogspot.my/2016/07/lemang-periuk-kera-kuala-pilah-dapat.html

 

RENDANG KAMPUNG TRADISIONAL

 

Masakan tradisional Negeri Sembilan yang terkenal dengan cita rasa eksotiknya mampu menjadi produk pelancongan jika pengusaha hotel dan resort menyajikannya sebagai menu utama tarikan di restoran mereka.Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, negeri ini kaya dengan pelbagai jenis masakan tradisional termasuk buah-buahan tempatan yang sewajarnya diperkenalkan kepada pelancong domestik mahupun asing.

 

Di antara makanan tradisional Negeri Sembilan yag terkenal ialah rendang. Di dalam penyediaan rendang, terdapat beberapa jenis bahan yang boleh dibuat rendang. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada daging, kerang, burung dan sebagainya. Rendang daging biasanya tidak dicampurkan dengan bahan-bahan sampingan. Namun begitu dalam keadaan tertentu, terdapat juga bahan-bahan seperti nangka, maman dan pucuk ubi.

Rendang dimasak sehingga kering da tidak langsung berkuah (berderai). Jenis daging yang baik untuk membuat rendang ialah daging kerbau, ayam, itik, burung, pelanduk, napuh, kijang dan rusa kecuali daging lembu. Ini adalah kerana akan menjadi kurang cantik kerana sukar untuk kering di mana dagingnya mempunyai banyak air. Rendang yang dimasak dengan cara yang betul boleh disimpan lama seperti rendang kerbau di Rembau. 

 

                                       Rendang Daging Itik

 Rendang Daging Kerbau

 

Sumber  : http://masakanns.blogspot.my/