Kes sembuh dunia telah melebihi 1 juta kes iaitu kira-kira 1/3 daripada jumlah keseluruhan kes dunia

Amerika Syarikat kekal dengan jangkitan COVID-19 yang tertinggi di dunia iaitu 33% daripada jumlah kes dunia atau 1,103,781 kes.

Terdapat 4 negara dengan kes harian melebihi 5 ribu iaitu Amerika Syarikat (36,007), Rusia (7,933), Brazil (6,410) dan Britian(6,201)

Patuhi nasihat KKM dan kekalkan langkah pencegahan COVID-19.

#StrongerTogether
#StayAtHome
#KitaTeguhKitaMenang

- CPRC KKM

 

 

Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 tengah hari, 2 Mei 2020.

Pandemik COVID-19 ini belum berakhir.

Risiko penularan secara mendadak di Negara kita masih wujud sekiranya kita lalai dan alpa dalam mengamalkan norma baharu kehidupan seharian seperti:

• Mengamalkan langkah-langkah kesihatan seperti amalan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain;

• Digalakkan penggunaan alat penutup hidung dan mulut (face mask), terutama di kawasan umum;

• Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau penggunaan hand sanitizer;

• Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan;

• Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan.

- CPRC KKM

#Covid-19

#DudukRumah

#StayAtHome

 

 

 

KENYATAAN MEDIA

TATACARA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA KEEMPAT

#StayAtHome
#PilahIndahMakmur
#PerangiCovid-19
#DudukOntokOntokKekGhumah
#KitoJagoKito

 

 

Daripada 57 kes baharu yang dilaporkan di 🇲🇾 pada 30 April, 25 adalah kes import.

Daripada 25 kes itu, 12 adalah rakyat Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu, 6 Mesir, 3 Singapura, 2 Norway, Indonesia dan UK masing-masing 1 kes.
#staysafe
#stayathome

 

 

30 April 2020 (Khamis)
Kenyataan Media
Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan

#Covid-19

#DudukRumah

#StayAtHome