Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya diberikan kepada sektor perkhidmatan yang dibenarkan dengan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

#Covid-19

#DudukRumah

#StayAtHome

 

 

KENDERAAN PERSENDIRIAN DIBENARKAN UNTUK DINAIKI OLEH MAKSIMUM 4 ORANG DARI AHLI KELUARGA DAN RUMAH YANG SAMA

TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA ATAU MENUMPANG KAWAN ATAU ORANG LAIN

Rujuk Siaran Langsung
Menteri Kanan (Keselamatan)
3 Mei 2020

#Covid-19

#DudukRumah

#StayAtHome

 

 

Satu kejadian kluster di sebuah restoran di Guangzhau, China telah menunjukkan bagaimana kesan pengudaraan yang tidak baik dan penggunaan penghawa dingin boleh menyebabkan penyebaran virus corona lebih jauh dari yang disangka.

Dalam kejadian tersebut, seorang individu yang telah dijangktii Covid 19 tetapi TIDAK BERGEJALA telah menyebabkan jangkitan pada 9 pelanggan restoran yang lain.

Kajian mendapati, tiupan penghawa dingin telah menyebabkan titisan air yang mengandungi virus terbang dari meja B ke meja C dan kemudiannya ke meja A

Semasa sedang makan, pelanggan perlu membuka topeng muka dan biasanya akan berbual. Ini menjadikan restoran satu tempat yang berisko untuk berlaku penyebaran virus.

Kejadian kluster ini menunjukkan

✔️ Kepentingan pengudaraan dalam restoran
✔️ Kepentingan pelanggan restoran untuk memberi maklumat peribadi kpd restoran
✔️ Risiko untuk makan di dalam restoran yang berhawa dingin.
.
Pilihlah untuk bawa pulang makanan , menggunakan perkhidmatan e hailing, atau masak sendiri di rumah.

#Covid-19

#DudukRumah

#StayAtHome

 

 

Isnin ini banyak pejabat yang mula beroperasi

Pastikan aktiviti disinfeksi dijadikan sebagai aktiviti rutin yang WAJIB dilakukan pada setiap hari.

Fokuskan aktiviti infeksi di tempat yang sering di sentuh seperti

- tombol pintu
- suis lampu
- rail tangga
- mesin fotostat
- butang lift
- keyboard
- telefon

Untuk permukaan yang ada permaidani, vacum terlebih dahulu spray bahan yang sama dipermukaan.

#Covid-19

#DudukRumah

#StayAtHome

 

 

SITUASI COVID-19 DI NEGERI SEMBILAN
(03 MEI 2020 @ 5 petang)

Sehingga 03 Mei 2020 jam 5 petang, terdapat 71 KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 592 KES.

Daripada jumlah kes baru tersebut, sebanyak 50 KES merupakan kes import Kluster Pesantren yang melibatkan pelajar yang pulang dari Indonesia dan ditempatkan di Stesen Kuarantin di Negeri Sembilan.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat SATU (1) KES KEMATIAN berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC JKN Negeri Sembilan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan adalah sebanyak LAPAN (8) KES.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 143 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 104 KES dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) KEMATIAN, 53 KES dari Kluster Rembau, dan 5 KES dari Kluster Pedas.

Jadual 1: Kes Positif COVID-19 Mengikut Daerah-Daerah Di Negeri Sembilan.

#Covid-19

#DudukRumah

#StayAtHome