Sehingga 30 April 2020 jam 5.00 petang, terdapat LIMA (5) KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 513 KES.

Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.

Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan 82 KES dari Kluster Sendayan dengan SATU (1) KEMATIAN.

#staysafeathome
#dudukontokontokkekghumah
#waghihseysihat
#imsnegerisembilan

#Covid-19

#DudukRumah

#StayAtHome