Ladang Alam Warisan merupakan sebuah tempat di mana budaya dan cara hidup melayu sejati dihidupkan semula. Identitinya yang berteraskan budaya dan warisan Melayu sejati merupakan tarikan utama Ladang Alam Warisan sehingga berjaya mendapat tempat pertama di dalam Pertandingan Rural Business Challengeyang dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah pada tahun 2015.

     Menjejakkan kaki ke Ladang Alam Warisan seperti seolah-olah di bawa kembali ke zaman kegemilangan Melayu Lama. Menyelusuri pepohon buah-buahan tempatan yang menghijau, rumah tradisional beratus tahun, pelbagai spesis binatang ternakan, keunikan senibina yang menyatu dengan alam menjadikan Ladang Alam Warisan sebagai sebuah destinasi yang menjanjikan kelainan yang sukar di cari pada hari ini.

 

ladang-alam-warisan-23

Keunikan rumah melayu tradisi.

 

Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dijalankan di Ladang Alam Warisan yang boleh menggamit nostalgia kehidupan zaman melayu yang  amat unik. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman tersebut hanya di Ladang Alam Warisan.