Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga Ramadan kali ini membawa rahmah, keberkatan dan pengampunan buat kita. Marhaban Ya Ramadan.
#stayathome

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 23 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 71

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,603

Kes sembuh: 90

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,542

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 42 (Seramai 21 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 2

Jumlah keseluruhan kematian: 95

- CPRC KKM
#stayathome

 

 

Aplikasi MySejahtera membolehkan rakyat Malaysia untuk:

1. Mengetahui risiko mereka terhadap Covid-19.
2. Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan Covid-19.
3. Melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa.
4. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang Covid-19 di Malaysia dan dunia.
5. Mengetahui dan mencari 'Hot-Spot' Covid-19 di sekitar anda.

Muat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda melalui Google Play, App Store dan AppGallery.

Penambahbaikan terhadap sistem aplikasi ini sentiasa dikemaskini setiap waktu. Namun, jika anda mengalami sebarang masalah teknikal ketika sedang mendaftar, sila hantarkan emel kepada bahagian teknikal di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

#kitamestimenang
#covid19Malaysia
#kitateguhkitamenang
#breakthechain
#dudukdirumah

 

 

e-FITRAH NEGERI SEMBILAN 1441H/2020M

🔴 5 saluran pembayaran Zakat Fitrah secara dalam talian:

1️⃣ Portal pembayaran: https://www.zakatns2u.biz/fitrah
2️⃣ Aplikasi PBMaINS MAINS (Android sahaja)
3️⃣ Aplikasi MyeG (Android sahaja)
4️⃣ Aplikasi SnapNPay (Apple & Android)
5️⃣ Aplikasi JomPAY (Apple & Android)

📱 WhatsApp Talian Fitrah: 011-6383 2858

Perbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menunaikan zakat fitrah secara dalam talian. Kekal tenang dan duduk di rumah. Semoga Ramadan kali ini penuh bermakna.

#PBMalNS #MAINS #eFITRAH

 

 

Laporan Kluster Covid19 yang aktif di Malaysia.

KKM telah mengesan satu kluster yang bermula di Pengerang, Johor. COVID-19 pada 22 Mac 2020.
Setakat 22 April 2020, kluster ini melibatkan sebanyak 15 kes positif COVID-19.

Jangkitan di kalangan ahli keluarga yang menetap di negeri lain adalah dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan PKP.

#kitamestimenang
#covid19malaysia
#dudukdirumah