[15 Mei 2020, 6:30 petang]
PEMAKLUMAN BERITA PALSU
Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.
#COVID19
#DudukRumah
#MCMC
#NormaBaharu
#Sebenarnyamy
#TidakPastiJanganKongsi
Sehingga 15 Mei 2020 jam 12.00 tengah hari, terdapat 1 KES BARU positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 776 KES.
Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak 161 KES positif COVID-19 adalah merupakan dari Kluster Pedas, 144 KES dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling dan 111 KES dari Kluster Sendayan dengan 1 KEMATIAN.
Tiada kes kematian baru berkaitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 8 KES.
#Covid-19
#DudukRumah
#StayAtHome
{gallery}kescovidbagimukimn915mei2020{/gallery}
Lihat dan teliti graf pemodelan dan ramalan COVID-19 oleh KKM ini. Garis hitam adalah kes harian sebenar.
1. Graf dan garis biru menunjukkan unjuran pencapaian baik negara dalam usaha kita bersama-sama menurunkan jumlah kes COVID-19 semasa PKP 1 hingga 4 dan 10 hari PKPB. (Kebolehjangkitan atau nilai “R naught” telah menurun daripada 3.5 kepada 0.3.)
2. Kini pilihan di tangan kita semua. Sekiranya majikan, pekerja, peniaga, ahli keluarga dan masyarakat umum patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang diberi KKM, garisan biru ini akan terus menurun. Begitu juga dengan kes COVID-19.
3. Namun jika rakyat leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sosial untuk sama-sama membanteras COVID-19, graf dan garis merah menunjukan ramalan yang bakal berlaku. (Nilai R akan naik semula ke 1.6). Jumlah kes akan mula meningkat secara mendadak dan kita akan dilanda gelombang wabak COVID-19 yang baharu.
#Covid-19
#DudukRumah
#StayAtHome
Perhatian kepada SEMUA pelajar tahfiz dan madrasah di seluruh Malaysia, anda diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk menjalani ujian saringan Covid-19.
Sehingga kini,
✅ 635 kes positif telah dikesan
✅ 539 atau 84.9% kes TIDAK BERGEJALA
Keadaan ini akan meningkatkan risiko penyebaran kepada ahli keluarga dan masyarakat setempat.
#Covid-19
#DudukRumah
#StayAtHome
Lapan daerah atau zon masih kekal kategori zon merah. Kes-kes di zon merah ini melibatkan kes kluster dan lokaliti PKPD.
Contohnya Kluster Pedas di Rembau, 161 disahkan positif.
Di Kuching,kes melibatkan kluster Persidangan gereja, Petugas kesihatan dan PUI Itali masih aktif.
Zon ibu kota pula melibatkan kes di lokaliti PKPD sekitar pasar borong Kuala Lumpur.
Daerah Manjung di Perak kembali menjadi zon kuning melibatkan dua kes baharu positif #COVID19.
Terengganu menuju zon hijau dengan hanya lima kes aktif di Besut.
#StayAtHome
#DudukDiRumah
#Covid-19
http://kgjemapoh.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto?start=630#sigFreeId038fa1f952