Bukan untuk bersosial semata-mata, teknologi digital amat membantu dalam meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. ​

Ia membantu masyarakat dunia untuk menghapuskan kemiskinan, meningkatkan hasil pertanian, membolehkan pesakit di kawasan pedalaman diperiksa dan dirawat oleh pakar kesihatan, mendapat pendidikan yang berkualiti dan relevan, pengurusan air pintar, mengurangkan jurang dalam masyarakat, membuka peluang pekerjaan, menggalakkan perkembangan ekonomi, dan banyak lagi. ​

Semua ini adalah persediaan yang perlu kita lakukan untuk kebahagian dan kesejahteraan generasi akan datang. ​