Fikir sebelum post. Internet dan media digital boleh digunakan untuk mencipta kandungan yang bernilai kepada masyarakat.

Kita juga boleh berkolaborasi dengan orang lain untuk mencipta kandungan serta mempromosi kandungan yang positif kepada komuniti dalam talian.

Amalan kolaborasi ini memberikan banyak manfaat. Ini adalah kerana pengetahuan atau kemahiran seseorang itu saling menlengkapi dengan pengetahuan atau kemahiran orang lain.

Contohnya, kolaborasi di antara perniagaan (biz2biz), dalam komuniti setempat atau dalam talian; kolaborasi untuk mencipta musik, drama atau filem, menganjurkan program kesedaran atau keagamaan, bersenam bersama-sama, mempromosi makanan sihat, kumpulan sokongan, dan banyak lagi.