JUASSEH AGRO PARK
Terletak di daerah Kuala Pilah, kira-kira dalam 15 km dari pekan Kuala Pilah. Ia merupakan tarikan terbaru bagi masyarakat di daerah Kuala Pilah,Juasseh dan Jemapoh. Juasseh Agro Park ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 tetapi telah dinaik taraf penglibatannya ke dalam Juasseh Agro Tourism pada tahun 2012. Pengasasnya adalah warga tempatan yang tinggal di Pekan Juasseh.
Terdapat banyak tarikan yang terdapat di Juasseh Agro Park yang boleh disertai para pengunjung contohnya aktiviti perkhemahan, flying fox,rock climbing dan sebagainya. Selain itu, di sini juga terdapat mini zoo yang menempatkan haiwan seperti burung-burung, ular sawa dan sebagainya. Bagi penggemar susu segar, di Juasseh Agro Park juga ada menempatkan baka lembu khas dari Australia bagi penghasilan produk susu lembu segar yang mempunyai pelbagai perisa (Vanilla,Coklat,Strawberi dan Keladi)
- << Seterusnya
- Seterusnya