NS DAIRY FARM

 

 

 

 

Genetik & pembiakbakaan ternakan juga adalah sangat penting diberi perhatian dalam pembangunan program tenusu. Kita faham populasi ternakan tenusu negara adalah sangat kecil untuk memberikan impak yang besar tetapi pepatah orang dulu menyatakan "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" wajar diikuti. Tiada negara didunia ini yang menyediakan ternakan berdasarkan breeding trait untuk negara kita, oleh itu kita yang perlu menyediakannya baka tenusu untuk kepentingan ladang kita sendiri dan generasi pewaris.

 

Untuk berkembang dan maju dalam tenusu, banyak faktor pengeluaran wajib digembeling secara bersepadu & dipertingkatkan dari masa kesemasa. Ini khususnya kawasan menternak yang berhampiran dengan pasaran dengan kemudahan infra yang baik, pengeluaran  rumput/foder berkualiti, baka lembu yang sesuai dipersekitaran tempatan, kawalan penyakit, bahan mentah makanan ternakan yang mampu beli & bekalan berterusan, harga susu yang meyakinkan berbanding kualiti, khidmat sokongan makmal permakanan & kajian penyakit yang mantap, kemudahan rantaian sejuk susu & pasaran yang setabil.

 

 Lokasi : 

Ladang Ragut Rembang Panas Kuala Pilah
For easy access look for SK rembang Panas.
 
 

 Sumber : https://www.facebook.com/NS-Dairy-Farm-425561510943091/about

 


 

 

JUASSEH AGRO PARK

 

 

 

 Terletak di daerah Kuala Pilah, kira-kira dalam 15 km dari pekan Kuala Pilah. Ia merupakan tarikan terbaru bagi masyarakat di daerah Kuala Pilah,Juasseh dan Jemapoh. Juasseh Agro Park ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 tetapi telah dinaik taraf penglibatannya ke dalam Juasseh Agro Tourism pada tahun 2012. Pengasasnya adalah warga tempatan yang tinggal di Pekan Juasseh. 

 

 

Terdapat banyak tarikan yang terdapat di Juasseh Agro Park yang boleh disertai para pengunjung contohnya aktiviti perkhemahan, flying fox,rock climbing dan sebagainya. Selain itu, di sini juga terdapat mini zoo yang menempatkan haiwan seperti burung-burung, ular sawa dan sebagainya. Bagi penggemar susu segar, di Juasseh Agro Park juga ada menempatkan baka lembu khas dari Australia bagi penghasilan produk susu lembu segar yang mempunyai pelbagai perisa (Vanilla,Coklat,Strawberi dan Keladi)

 

 

Sumber : http://srikandiofficialblog.blogspot.my/2016/10/juasseh-agro-park-kebanggaan-anak-melayu.html?showComment=1476289388886