Pintu utama

 

Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh atau nama ringkasnya SK Pusat Juasseh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 10, Jalan Kuala Pilah - Bahau. Ditubuhkan pada 1904 dengan nama Sekolah Kebangsaan Juasseh. Guru Besar pertama En. Abd. Rahman berasal dari Singapura. Oleh disebabkan sekolah ini berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Terusan, Sekolah Kebangsaan Kuala Kepis dan Sekolah Kebangsaan Rembang Panas, murid-murid Tahap 2 dipindah dan dipusatkan di sekolah ini. Justeru itu sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh sehingga ke hari ini.

Sumber  : http://skpj-skpusatjuasseh.blogspot.my/  ,  https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_Pusat_Juasseh