SEKOLAH KEBANGSAAN PELANGAI

 

Sekolah Kebangsaan Pelangai mula dibina pada tahun 1907 yang mana ia terletak di dalam Kampung Pelangai, K. Pilah. 

SK Pelangai kini mempunyai fasilit seperti Bilik Pusat Sumber, Bilik Akses, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Muzik, Bilik SALC (Self-Access Learning Centre), Koperasi, Kantin, Stor Sukan, Bilik Seni, Bilik j-Qaf dan Bilik Pemulihan. Kini sekolah ini mempunyai 150 orang murid termasuk pra-sekolah serta 18 orang guru dan 6 orang kakitangan.
 

Sumber : http://skpelangaikp.blogspot.my/2015/05/sekolah-kebangsaan-pelangai-72000-kuala.html

 

 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KAMPUS BETING

 

Image result for uitm beting kuala pilah

 

UiTM Negeri Sembilan Kampus Beting mula beroperasi 1 Jun 2009 dengan 2 program Ijazah, 4 program Diploma dan program Pra Sains. Semester Julai 2010 menyaksikan pertambahan 1 program Diploma Pengurusun Perniagaan dan program Pra Perdagangan.Berikutan pembukaan kampus baru di Jasin , Diploma Pengurusan Perladangan dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perladangan dan Agroteknologi akan dipindahkan ke sana pada tahun 2014. Walaubagaimanapun ,UiTM Negeri Sembilan akan membawa masuk satu program baru ke kampus ini pada tahun 2014 seperti Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Makanan (Islamic Food Law)dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia (September 2013) 

 

Projek pembinaan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan pada kawasan seluas 160 ekar di Mukim Parit Tinggi telah dimulakan pada 13 Mac 2007. Majlis pecah tanah telah dirasmikan pada 23 Ogos 2007 oleh Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia. Pada akhir 2009, serahan tapak telah dilakukan antara pihak kontraktor dan UiTM.

 

Sumber  : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kampus_UiTM_Kuala_Pilah

 

 

KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH

 

 

LOKASI KOLEJ

Merupakan kolej yang terletak di kawasan luar bandar. Pekan yang terletak berhampiran dengan Kolej ini adalah Pekan Juasseh dan Pekan Batu Kikir. Manakala bandar terdekat ialah Kuala Pilah dan Bahau. Jarak kolej ini dari bandar terdekat adalah 12 km dan jarak dari Pejabat Pendidikan Daerah adalah 11 km. Kawasan sekitaran sekolah adalah di kelilingi oleh ladang getah serta kawasan perumahan.

 

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN KOLEJ

Tapak di mana kolej ini dibina pada mulanya ialah merupakan sebuah estet yang mana terdapat beberapa blok rumah pekerja termasuklah sebuah rumah pengurus estet. Menurut sejarah yang lebih awal, sebelum estet dibina, sebahagian tapak kolej ini ialah merupakan landasan kapal terbang (airstrip) tentera Jepun.

Bangunan asal kolej ini dibina di bawah peruntukan Colombo Plan. Pada tahun 1984, cuma 9 buah bilik darjah daripada 18 buah kelas sahaja yang digunakan kerana bilangan pelajar pada masa itu ialah seramai 210 orang sahaja. Bilangan guru pula ialah seramai 10 orang.

Kolej ini mula mendapat bekalan api dan air pada 20 Feb 1984 hingga ke hujung tahun. Beberapa peralatan Seni Perusahaan yang terdapat di Sekolah Menengah Zaaba dan Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar turut dipindahkan ke sekolah ini.

Bangunan asal termasuklah dua buah blok bilik darjah/ pentadbiran, sebuah dewan besar, lapan buah bengkel, sebuah makmal sains dan tiga blok asrama.

Kursus awal yang ditawarkan di sekolah ini pada mulanya ialah:

 

Nama Kursus Bilangan Pelajar
Binaan Bangunan 30
Kajisawat Motor 30
Pepasangan & Penyelenggaraan Elaktrik 30
Mengegas dan Memesin 20
Kimpalan & Kepingan Logam 20
Perdagangan 80

 

 Sumber : http://kvjuasseh.com.my/