Menurut Dasar Pembangunan Belia Negara, takrif ‘belia’ ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Berdasarkan takrif tersebut, pada hari ini terdapat kira-kira 11.1 juta orang belia di negara ini yang merupakan kira-kira 41.5 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Berdasarkan statistik tersebut, belia merupakan kumpulan terbesar penduduk dari segi komposisi dan juga merupakan sumber terpenting negara yang akan menjadi golongan pewaris masa depan negara. Maka, pihak belia perlu diberi pendedahan bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga sifat kepimpinan supaya dapat menjadi seorang insan yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu hari nanti. Oleh itu, pihak kerajaan mahupun pihak swasta perlu banyak menyediakan agenda-agenda positif yang boleh membawa mereka ke arah matlamat ‘Belia Tonggak Negara’.
HAD USIA
Usia di mana seseorang itu dianggap "belia" berbeza-beza di seluruh dunia:
- Belia... mereka yang berumur antara 19 hingga 29 tahun. - Perhimpunan Agung PBB
- Waktu di antara alam kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25. - Bank Dunia.
- Program Belia Komanwel bekerja bersama "orang muda (berumur 19-29).
- Belia di Malaysia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 40 tahun.
PERSATUAN BELIA KAMPUNG DESA JEMAPOH
LATIHAN YANG TELAH DIHADIRI OLEH INSTITUSI KEPIMPINAN KAMPUNG
TAHUN |
2012 - kini |
AKTIVITI |
SILAT |
KETUA |
HAJI HAZAIDI B. HAJI OSMAN |
BIL PESERTA |
10( anggaran) |
ORGANISASI
BIL |
KATEGORI |
PERSATUAN/PERTUBUHAN |
BIL AHLI |
1. |
Wanita |
Jiran Wanita KRT |
|
2. |
Sukan dan rekreasi |
||
3. |
Keselamatan |
Skim Rondaan Sukarela (SRS) |