Tarikh |
: 15 September 2024 |
Masa |
: 03.00 Petang – 04.00 Petang |
Lokasi |
: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Bengkel ini telah dihadiri oleh seorang peserta perempuan di kalangan warga belia. Tujuan kelas ini adalah memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang tatacara membuat pendaftaran akaun perniagaan di aplikasi TikTok dengan menggunakan cara yang betul.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang cara-cara membuat pendaftaran akaun perniagaan menerusi aplikasi TikTok. Selain itu, peserta diminta untuk mengelog masuk ke akaun aplikasi TikTok. Kemudian, peserta menubuhkan akaun perniagaan dengan mengisi maklumat pendaftaran menerusi aplikasi TikTok. Setelah selesai membuat pendaftaran akaun, peserta memuatnaik gambar dan maklumat produk untuk dijual di aplikasi TikTok.