Tarikh |
: 13 Oktober 2019 |
Masa |
: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi |
: Pusat Internet Kampung Jemapoh |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan matematik para peserta. Kelas ini juga diadakan untuk mengajar peserta mengulangkaji pelajaran menggunakan internet.
Aktiviti
Petugas memberikan soalan matematik berkaitan operasi tambah dan tolak. Para peserta menjawab soalan yang diberikan oleh petugas. Sesi perbincangan jawapan turut dilakukan. Para peserta membuat pembetulan bagi soalan yang salah. Para peserta juga menjawab soalan kuiz matematik menggunakan aplikasi quizziz.